Monday 18 February 2013

Cucur Udang + Kuah Kacang yang sedap dan ranggup

Hi semua,

Petang2 ni terasa nak mkn sesuatu yang mak selalu masak..memandangkan mak kat USJ..dan memandangkan tgh mengadung ni..org tua kata kalau teringin buat je..nanti kesian kat baby ye tak ...hehe

Ok ni sedikit perkongisan resepi yang di ambik oleh mak dan campuran sedikit2 oleh diri sendiri..ikut selera lah ye kalau nak ubah tu..tapi afe mmg suka kuah yg pedas2 dan cucur garing..tapi kalau bole gemukkan@ gebukan cucur tu sedikit,supaya bila dan sejuk..kita bole panaskan semula utk dimakan panas2..


Cucur Udang Ranggup ~
Cucur Udang
(untuk di makan 5 orang)

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastard (akan lebih gebu dan wangi,terpulang pada yang tak mahu letakkan ye)
Segenggam udang putih (udang kecik2 tu) atau pun udang sederhana besar
Sebiji telur dipukul
Daun kucai @ daun bawang (afe suka daun kucai...hehe)
Taugeh (afe suka letak byk..sebab ranggup nanti cucur tu)
Air dan Garam secukup rasa

Kuah Kacang

10 tangkai cili kering @ paste sambal yang ready made( tapi cili kering lebih afdal.hehehe)
Kacang Tanah mengikut citarasa (yg telah ditumbuk atau beli je yag dah siap ditumbuk)
Bawang merah 5 ulas
Lengkuas sikit
Halia sikit
Sebatang serai (ikut suka nak letak ke taknak)
Perahan air asam jawa ,Garam,Gula sesedap rasa ye..

Cara memasak semua tahu kan? heheh
utk kuah  tu tumiskan cili yg telah diblender,bawang ,lengkuas,halia,serai sekali..
sampai bau naik.errrrrrrrrmm..sedapnyer..
lepastu masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk halus (jgn halus sgt ye)
Kemudian gaul2,,rasa2 dah sebati .letakkan perahan air asam,gula dan garam.
Rasa ikut citarasa ye. jgn terlebih garam :P



1 comments:

Askan Setiabudi said...

Numpang Iklan ya...thanks. http://kampus-pengusaha.com/?page_id=2

Post a Comment