Thursday 22 November 2012

Kasih Sayang Suami Isteri Abadi

Salam pagi jumaat,

Alhamdullilah perjalanan hidup Afe semakin jelas dan Allah permudahkan hendaknya segala impian dan harapan kita. Yang pasti kita hanya mahukan yang terbaik untuk diri kita dan keluarga tersayang. Sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak2,kita mesti tak mahu bebankan keluarga kita dengan masalah  kewangan yang tak menentu kan..Jadi usahakan diri untuk maju kehadapan.Tak salah dan tak rugi sekiranya kita sebagai isteri memulakan langkah dahulu.Kerana kita semua hanyalah hamba Allah yang Maha Esa..Segala akal dan peluang yang diberikan haruslah kita rebut dan jgn lah hanya mengeluh akan nasib sendiri.

Baiklah,sebenarnya hari ini Afe dikejutkan berita yang sedih.Pagi2 lagi ni sewaktu Afe melangkah masuk ke ofis,dapat SMS dari my staff. Pesanan ringkas beliau "Salam kak, Atuk saya meninggal dunia 5.45 pagi tadi. Saya dikampung utk urusan pengkebumian atuk selepas Zuhur." Terkedu Afe sekejap. Rasanya baru hari Khamis semlm ,dia sms ckp Atuk dia kemalangan biasa je.

Sebenarnya, nenek @isteri  arwah atuk baru je meninggal seminggu yang lepas akibat sakit tua. Betapa hebatnya beliau menjaga neneknya yang uzur.Terpaksa ambik cuti tanpa gaji selama seminggu kerana anak2 nenek dan atuk tak dapat pulang atas kehendak kerja.Sepatutnya anak2 ambik lah peluang ini utk korbankan masa menjaga ibu dan ayah. Kita tak pasti waktu kita pulak nanti adakah anak2 kita akan buat benda yang sama kepada kita..apakah perasaan kita kan.

Paling menyayat hati, pasangan nenek dan atuk ni merupakan pasangan yang sgt loving..Boleh dikatakan mereka sentiasa berpegang tangan dan mengucapkan 'sayang'. Si cucu melihat kasih sayang antara suami isteri ini tetap terpancar sehingga ke nyawa terakhir. Arwah atuk sentiasa memegang tangan isterinya ketika menonton tv dan makan.. Tido mesti berpelukan dan tak pernah terpisah katil.Makan mesti dijemput dan di suap ke mulut bak penganting baru.Sungguh romantis.

Sehingga la ke ajal mereka pun tak jauh..beza semingggu je..Selepas kepergian Arwah Neneknya,Atuk mmg tak menentu. Atuk tetap nak ziarah kubur neneknya setiap hari. Perangai atuknya pun berlainan sekali.Selalu memanggil2 nama isteri untuk siapkan makanan dan minuman kopi kegemarannya.




Itu kisah cinta dah ajal mereka sudah ditentukan Allah.Kita disini bagaimana pulak ? Adalah kita masih mengucapkan kata2 sayang kepada pasangan masing2 ? Atau kita hendak menunggu waktu yang sesuai ? Wahai kawan semua jgn tunggu lagi. Sekiranya anda ada pasangan yang baik hati dan menyayangi
sepenuh hati,ucapkan SAYANG selalu. Pupuk lah rasa sayang sehingga ke hujung nyawa. 

wallahualam, 


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ


To Allah we Belong and to Him we Return

May Allah grant her/him Jannat ul Firdows .. Ameen

Tuesday 20 November 2012

Shilla Hamzah vs Dayang Nurfaizah


Pasti menarik melihat persembahan 2 Diva kesayangan Malaysia ini ! Afe sendiri tak sabar nak melihat dan bergambar bersama-sama mereka.
Pada mereka yang berminat untuk melihat persembahan hebat Dayang dan Shilla Hamzah yang ayu ini,tiket RM35 masih ada, dan hubungi Afe untuk tempahan SEGERA.. Tak lama je lagi ni..Sabtu ni je 24 November 2012!!

Tak pernah lalui lalui RED CARPET yang glamer dan bergambar bak selebriti tanahair ? Bila lagi...JOM LA..


Glam dress ever ???





Ini semua pasti menjadi kenyataan dan kita sama-sama raikan kegemilangan syarikat yang unggul di Malaysia dan berjaya takluki senarai syarikat berprestij oleh FORBES ASIA !!





Contact:  AFE 013 344 3254