Tuesday 30 October 2012

Sagu Gula Melaka yg sunggu enak!

Resepi
1 mangkuk biji sagu merah
4 gelas air
2 ketul gula melaka
1 kotak santan kecil atau susu cair.
Garam secukup rasa
Cara memasak style saya ¦)
Masukkan sagu bersama air ke dalam periuk dan didihkan sagu sehingga hilang mata ikannyer.yg warna putih tu. Masukkan sikit garam dan kacau. Pastikan masa sagu dah hampir masak,sagu agak tidak terlalu pekat.
Setelah masak masukkan kedalam bekas loyang. Sejukkan di dalam peti sejuk utk hasil yg lebih sedap.
Dalam masa yg sama didihkan gula melaka sehingga cair. Sentiasa kacau hingga hancur. Setelah cair tapis gula melaka tersebut ke dalam bekas bersih.Sejukkan.
Kemudian didihkan santan bersama segelas air dan garam secukup rasa. Setelah itu tapiskan santan kedalam bekas. Sejukkan.
Setelah sagu sejuk kita bole hiaskan kedalam mangkuk untuk dimakan bersama gula melaka dan santan tadi. Sesuai di makan ketika waktu panas dan minum petang bersama keluarga.
Dah siap. Selamat mencuba

Monday 29 October 2012

Batuk,semput dan sakit belakang mulai kurang setelah pemakaian PREMIUM BEAUTIFUL

Salam.

Kalau ikutkan latar belakang family..mmg atuk ada semput. So rasanya semput yang saya alami ni mungkin turun temurun. Tapi sejak tahun ni baru semakin menjadi2. Maybe kerana cuaca sekrg dah tk menentu,byk pencemaran berlaku,kata doktor. Tapi dah berkali2 check up ,doktor ckp paru2 dan pernafasan saya ok je. So start dari situ la google pasal penyakit ni. Lastly dpt info pasal PB bole membantu asthma dan semput. Kalau di ikutkan sejak mula tahu pasal PB la saya mula membeli dan berkongsi perniagaan hebat ini. Syukur,di samping dpt pakai PB saya juga mampu beroleh pendapatan sampingan. Setiap kali semput dan batuk melanda,saya akan pastikan memakai PB dan batuk akan berkurang. Tapi ubat kenalah mkn juga ye.dont skip the antibotik doktor kasi.¦)
Mmg tk rugi beli PB kerana akan dpt 70%healthy30%beauty!!

Mari baca  -Perkongsian Artikel

Sakit belakang kerap dialami oleh kebanyakkan orang dewasa samada sakit sedikit atau teruk. Struktur dan fungsi tulang belakang menyebabkan bahagian belakang lebih cenderong mengalami kesakitan atau kecederaan. Tulang belakang yang menyokong badan kita mempunyai 33 tulang vertebrae berasingan yang dipisahkan oleh pelapik kartilej bolehsuai yang dipanggil 'disc' atau piring. Ia dikelilingi dan disulami dengan ligamen, otot, dan saraf.
Sakit belakang boleh terjadi bila berlaku pegerakan yang salah atau secara tiba-tiba, terlalu banyak tekanan bebanan apabila membawa atau mengangkat barang berat, atau posisi badan yang lemah. Walaupun biasanya masalah ini tidak serius dan boleh diatasi dengan mudah namun kadang kala ianya boleh disebabkan oleh penyakit atau kecederaan yang terjadi pada tulang belakang, atau bagi sesetengah kes yang jarang berlaku iaitu penyakit pelvik dan abdomen seperti batu karang dan jangkitan.
TANDA-TANDA
Sakit atau sengal pada bahagian belakang, biasanya pada bahagian pinggang.

SEBAB-SEBAB
Kecederaan otot, seperti: * Bentuk badan yang lemah - disebabkan oleh otot abdomen dan belakang lemah, postur yang lemah, terlalu lama duduk, berdiri atau membongkok dan kurang bersenam.* Kecederaan - hasil daripada pergerakan secara tiba-tiba atau terlalu kuat, atau cara yang salah mengangkat barang berat.
* Kekejangan - disebabkan oleh stres atau tekanan.Terdapat penyakit tulang, sendi atau penyakit-penyakit lain seperti arthritis atau ketumbuhan.Kegemukan yang mana memberi bebanan kepada tulang belakang.
Kasut bertumit tinggi, yang mana menolak pinggang kehadapan dan meletakkan bebanan berlebihan ke atas bahagian bawah belakang.Bagi wanita , sakit belakang terjadi ketika sebelum atau semasa haid.

LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL
Sekiranya anda duduk, berdiri atau membongkok untuk tempoh yang lama, ubah kedudukan anda setiap 30 minit.Mengamalkan postur ( posisi badan ) yang baik.Memastikan anda tidur dalam posisi yang betul.Tukar tilam kepada tilam yang lebih kemas yang boleh menyokong belakang anda.Ambil ubat tahan sakit yang sederhana kekuatannya. Urut bahagian yang sakit dengan minyak , krim atau salap yang dapat menahan sakit atau mencegah bengkak.Jika anda menerima perawatan bagi penyakit tekanan darah tinggi, sila ambil ubat-ubat tersebut mengikut peraturan dan jangan berhenti tanpa merujuk kepada doktor.Jika anda gemuk, berusahalah untuk mengurangkan berat badan.Selalulah bersenam.Tuam belakang anda dengan bahan panas seperti botol air panas, tuala panas, dedahan kepada sinaran lampu infra red, untuk kira-kira 15 minit sekali atau dua kali sehari.Elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi.Rujuk doktor apabila sakit tidak hilang atau menjadi lebih teruk , kaki anda menunjukkan tanda-tanda lemah, atau anda mengalami masalah mengawal kencing.Panggil ambulan jika sakit belakang anda disebabkan oleh terjatuh atau terhentak pada bahagian tersebut.

PETUA MENCEGAH
Amalkan postur yang baik dengan memastikan bahagian belakang anda tegak.Gunakan kerusi yang dapat menyokong belakang anda dengan baik. - ha PB dpt membantu postur badan!!
Tidur atas tilam yang sesuai (tidak terlalu lembut) dan elakkan berbaring dengan muka ke bawah.
Elakkan daripada duduk, berdiri atau membongkok terlalu lama.
Jangan mengangkat beban yang berat dengan membongkok.Lakukan senaman terutama senaman yang dapat menguatkan otot abdomen (core muscle) dan belakang.Jika berat anda meningkat, berusahalah untuk mengurangkannya bagi meringankan beban kepada tulang belakang.
Elakkan memakai kasut bertumit tinggi.

Preview best product currently in market.

Sunday 28 October 2012

Adra love singing very much

Salam. Today i nak share my beautiful daughter Adra' clip video on barney song. Now she is 3 yrs old and starts to learn sing and dance too..lol
Happy watching.

Watch "Adra sing barney song" on YouTube


Salam Aidiladha

Salam aidiladha. Raya haji kali sambut di kl saje.seronok sgt raya kali ni.walaupun sambutan simple tapi kami adik beradik bersama sama masak dan berkongsi kegembiraan. Tiada yg lebih indah selain melihat gembira wajah ibu dan ayah disisi.syukur ya allah.mak dari awal2 dah mention nk mkn lotong.so tugas saya sediakan bahan2.pagi raya tu baru masak.walaupun tk terror.,tapi mak dan ayah puji sedap sgt. Waktu u rasa mcm dah bole masuk masterchef musim ke3 dah ni ¦;)  . Abg2 bawa juadah spagethi,kuetiaw dan mak sendiri masak rendang. Tapi sgtlah sibuk sampai tk sempat nk snap gambar juadah hari tu. Terima kasih Allah atas rezeki yg diberi. Sekali lagi ujian dan dugaan yg kami sekeluarga terima telah merapatkan ikatan adik beradik ini. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui setiap pengorbanan yg kita lakukan utk keluarga sendiri. Harap kasih sayang kami akan tetap kekal jingga selamanya.amin