Tuesday, 30 October 2012

Sagu Gula Melaka yg sunggu enak!

Resepi
1 mangkuk biji sagu merah
4 gelas air
2 ketul gula melaka
1 kotak santan kecil atau susu cair.
Garam secukup rasa
Cara memasak style saya ¦)
Masukkan sagu bersama air ke dalam periuk dan didihkan sagu sehingga hilang mata ikannyer.yg warna putih tu. Masukkan sikit garam dan kacau. Pastikan masa sagu dah hampir masak,sagu agak tidak terlalu pekat.
Setelah masak masukkan kedalam bekas loyang. Sejukkan di dalam peti sejuk utk hasil yg lebih sedap.
Dalam masa yg sama didihkan gula melaka sehingga cair. Sentiasa kacau hingga hancur. Setelah cair tapis gula melaka tersebut ke dalam bekas bersih.Sejukkan.
Kemudian didihkan santan bersama segelas air dan garam secukup rasa. Setelah itu tapiskan santan kedalam bekas. Sejukkan.
Setelah sagu sejuk kita bole hiaskan kedalam mangkuk untuk dimakan bersama gula melaka dan santan tadi. Sesuai di makan ketika waktu panas dan minum petang bersama keluarga.
Dah siap. Selamat mencuba

2 comments:

Anonymous said...

emm sedap..... nakkk cuba la

Afe Othman said...

yummy mmg sedap..kena cuba buat ye

Post a Comment